Wednesday, June 11, 2008

Kebenaran tentang perempuan bertudung dan berbaju kurung adalah toilet bowls are a travesty to most of them.

Mungkin tidak semua perempuan bertudung dan berbaju kurung yang masih mencangkung di atas tandas duduk, tapi semestinya pada perempuan-perempuan (adik-adik dan kakak-kakak) di pejabatku.

Seperti yang aku katakan tadi, ini kebenaran. Setiap kali aku masuk ke kubik tandas selepas digunakan oleh perempuan bertudung dan berbaju kurung, ada kesan tapak kasut pada mangkuk tandas. (Mangkuk punya orang!)

Aneh, masing-masing terpelajar dan berkerjaya professional, tapi masih tidak tahu cara menggunakan tandas duduk.

Ladies, please.. Have some toilet manner. If you're worried about catching a disease by sitting on it, alaskan saja dengan tisu sebelum kau duduk. Atau jika kau memang harus mencangkung dan tidak boleh duduk kerana bisul di punggungmu, tolong lap sebelum kau keluar, ya?